Assalamualaikum...
Selamat Datang Ke Laman Pereka Blogger.
Kami menyediakan perkhidmatan membina blog dan menaiktaraf blog anda dengan harga dan juga pakej-pakej berpatutan mengikut bajet anda.
Di Samping itu, kami juga menyediakan tutorial dan juga khidmat bantuan 24 jam (24/7) kepada newbie yang baru berjinak-jinak dalam pembikinan blog samada blog peribadi, blog syarikat dan lain blog yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Sebelum saya meneruskan penerangan lanjut mengenai Laman Pereka Blogger ini, ingin saya perkenalkan diri saya dahulu, Nama penuh saya Abdul Hafiz Abdul Ghani atau nama panggilan dalam perniagaan online adalah Apizz Ghani (panggilan di laman portal media sosial) dan panggilan lain iaitu On9marketing (panggilan di kalangan web portal dan forum).
Mula berjinak dalam perniagaan online ini adalah sejak daripada tahun 2007 lagi, pada masa itu perniagaan hanya dilakukan secara kecil-kecilan seperti dalam mudah.my dan juga lelong.my disebabkan pada masa itu terlalu sibuk dengan pengajian pada peringkat diploma dalam jurusan Diploma Sistem Dan Rangkaian Komputer di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.
Jadi dari situlah bermulanya pengetahuan tentang komputer, internet, dan segala macam lagi la mengenai internet, seperti youtube, facebook( still baru lagi pada tahun itu), myspace, friendster dan segala mak nenek lagi la :-).
So saya pendekkan cerita la kan..kalu nak cerita memang panjang lagi disebabkan memang banyak suka duka saya untuk menelaah dan juga mengkaji bagaimana hendak mencari insiatif lain mencari pendapatan sampingan dan juga ilmu yang lebih mendalam dari segi perniagaan internet dan juga ilmu mengenai laman web,html, javscript,php dan segala macam lagi la..hehehe..
Pada tahun 2009 saya ditawarkan bekerja di dalam sebuah agensi perbankan swasta di Pulau Pinang dan dari situ lah bermulanya langkah untuk menjadi usahawan internet, bermacam informasi dan juga ilmu dikorek dalam internet dan tanyalah mamat GOOGLE tue..tiap-tiap hari searching sampai pening..sampai naik malas dan fedup sangat sebab bermacam-macam usaha dibuat sampai la satu ketika saya berfikir, " Apakah Prospek Pengguna Tentang Pentingnya Laman Web?"
Pada masa itu banyak aplikasi laman web samada blogspot, wordpress, joomla dan juga lain2 open source yang diberikan percuma dalam internet, saya cuba dan juga belajar dan juga memahami macam mane nak buat laman web...dengan domain dan hosting berbayar...com.my.net.biz.info dan bermacam2 lagi pakej hosting provider dalam malaysia ini yang menawarkan banyak pakej template dan juga domain.
Banyak kelebihan jika kita memiliki hosting dan domain sendiri, dan juga banyak juga kelemahan sebaliknya.
Saya terfikir " Banyak juga pengguna seperti laman peribadi, syarikat, perniagaan, sektor korporat yang menggunakan platform .blogspot "
Semua sedia maklum blogspot sekarang ada bermacam-macam kelebihan jika dibandingkan dengan platform open source yang berbayar lain. Setiap tahun .blogspot akan menaik tarafkan perkhidmatan dan juga kelebihannya.
Dari situlah terfikirlah saya untuk membina satu laman web platform .blogspot iaitu Pereka Blogger. Dengan pengalaman saya 3 tahun lebih berkecimpung dalam bidang laman web ini samada blogspot, wordpress, joomla dan byk lagi open source yang percuma mahupun berbayar.

Memperkenalkan Laman Pereka Blogger, membantu anda untuk membina laman web platform .blogspot, samada membina laman blog yang baru ataupun menaik taraf blog anda yang lama.
Dengan bermacam-macam template professional dan juga korporat ataupun laman perniagaan online, kami boleh membantu anda, bosan dengan design yang lama, bertukar lah kepada laman blog yang baru yang lebih efektif, elegan, moden dan kotemporari dan juga shopping blog yang lebih pro untuk menarik minat pelanggan dan juga pengguna lain yang berinteraksi dengan ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Sekian Terima Kasih
Jumpa Di Lain Artikel Terbaru Dari Saya
Pemilik Pereka Blogger
Apizz Ghani
AGENS128 : AGEN JUDI ONLINE TERPERCAYA SAAT INI
ReplyDeletePermainan Populer Kami ( Sabung Ayam, Sportsbook, Casino Live, Poker, Domino, Ceme, Bola Tangkas, Togel, Tembak ikan, Dan Masih banyak Lainnya :)
Info Lebih Lanjut Hubungi Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
WhatsApp : 085222555128